My Scrapbook: KHASIAT KAYU SUGI / SIWAK
SweetMuslimah.com

Friday, January 14, 2011

KHASIAT KAYU SUGI / SIWAK

 Diriwayatkan dalam sebuah hadis, "Hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi kerana bersugi mempunyai 10 faedah :-

KEBAIKAN & KHASIAT KAYU SUGI / SIWAK
1) MEMBERSIHKAN MULUT.
2) MENJADI SEBAB KEREDHAAN ALLAH.
3) MENYEBABKAN SYAITAN MARAH.
4) ALLAH DAN MALAIKAT MENGASIHI ORANG YANG BERSUGI.
5) MENGUATKAN GUSI.
6) MENGHILANGKAN GELEMA.
7) MEWANGIKAN MULUT.
8) MENGHAPUSKAN SAFRA'(SEJENIS PENYAKIT).
9) MENGUATKAN PANDANGAN MATA.
10) MENGHILANGKAN BAU BUSUK MULUT

Selain daripada semua kelebihan di atas, bersugi adalah SUNNAH RASULULLAH. (Munabbihat Ibni Hajar)

WAKTU YANG SESUAI MENGGUNAAN SUGI:
1) KETIKA MAHU SOLAT.
2) KETIKA MAHU MENGAJI QURAN.
3) KETIKA MAHU BERSAMA ISTERI.
4) KETIKA MAHU TIDUR
5) KETIKA AMBIK WUDUK.
6) SELEPAS MAKAN.
7) SELEPAS BANGUN TIDUR.

 Cara bersiwak
untuk cara bersiwak tidak ada ikhtilaf antara ulama, bahwa didalam kitab Syama’il Imam Tirmidzi, dalam hadist Rasul saw, bahwa Rasul saw bersiwak dg kayu araak, dan memulainya dari pertengahan, lalu kearah kanan lalu kekiri, demikian diulangi sebanyak 3 X.

dijelaskan oleh Imam Ghazali bahwa disunnahkan bersiwak memulai dari tengah jajaran gigi atas, lalu menggosokkan siwak kekanan sampai ujung barisan gigi kanan atas, lalu turun ke barisan gigi kanan bawah, lalu digosokkan pada barisan gigi bawah ketengah, lalu naik lagi ke barisan gigi atas dan digosokkan ke kiri sampai ujung barisan gigi kiri atas, lalu turun ke ujung barisan gigi kiri bawah, lalu digosokkan ketengah barisan gigi bawah.

untuk mudahnya anggap lah anda menulis angka delapan yg rebah,Demikian ini untuk perhitungan 1X, lalu mengulanginya sampai 3X inilah cara terbaik, namun cara apapun adalah sudah mendapatkan pahala sunnah.

TATA CARA BERSIWAK
1. Berdo'a sebelum bersiwak
2. Memegang siwak dengan tangan kanan, dan sunnah meletakkan jari kelingking dan ubu jari dibawah siwak, sedangkan jari manis, jari tengah, dan jari telunjuk diletakkan diatas siwak.
3. Kemudian mulai bersiwak dari setengah mulut bagiab kanan dan kiri, baik bagian dalam maupun luar, sampai gigi geraham dengan arah memanjang atau melebar.
4. Kemudian menggosok bagian lidah dan gigi dengan arah memanjang.
5. Mengarahkan siwak pada langit-langit tenggorokan.
6.Meletakkan siwak dibelakang telinga kiri setelah memakainya.

0 comments:

Post a Comment