My Scrapbook: Mencari Keberkatan Doa
SweetMuslimah.com

Tuesday, January 11, 2011

Mencari Keberkatan Doa

Doa senjata orang mukmin, berikut adalah panduan tata-cara berdoa : 1) Angkat tangan ke paras dada
2) Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan
3) Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf BA ( ب ). Titik BA terletak dihati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf HIJAIAH didalam AL Quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf BA dijaga oleh malaikat bernama ‘HAR HAYAAIL’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap Allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
4) Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk Iftirasy dan duduk Tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan bersandar.
5) Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama Allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contohnya, jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama Allah Ar-Razaq dan disusuli dengan berselawat kepada nabi Muhammad SAW.
6) Berdoa bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yang dapat difahami kerana Allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya.
7) Ajarkan adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari kecil kerana insyaAllah ia akan membentuk peribadi baik dalam kehidupan.



0 comments:

Post a Comment