My Scrapbook: 10 Bisikan Agama Islam Melengkapkan Kehidupan
SweetMuslimah.com

Monday, December 24, 2012

10 Bisikan Agama Islam Melengkapkan Kehidupan

1-Jangan kamu memotong percakapan seseorang,berilah peluang kepada orang lain memberi pandangan sehingga lengkap.

2-Berusahalah mencari faedah dari setiap pendapat orang lain sebelum kamu memberi sesuatu jawapan.

3-Jangan kamu berdengki dengan pandangan orang lain, tunjukkan penumpuan anda dengan apa yang mereka cakapkan, walaupun anda tidak berminat dengan tajuk yang mereka pertengahkan.

4-Bercakaplah secara terbuka, serulah manusia mengikut kemampuan fikiran mereka dan jauhilah dengan percakapan yang tidak memberi kesenangan kepada mereka.

5-Sebaik percakapan adalah percakapan yang sedikit, jangan terlalu panjang sehingga menjemukan dan jangan bercakap dengan sesuatu yang memberi faedah atau tidak memberi pengajaran kepada mereka.

6-Bercakaplah dengan penuh peradaban dengan ahli-ahli Ilmu, pilihlah masa yang sesuai, janganlah bercakap terlalu banyak kerana mereka mempunyai pekerjaan yang lebih penting.

7-Hampirkanlah diri semasa bercakap dengan seseorang, berbincanglah dengan seseorang tanpa menolak pendapat orang lain.

8-Lembutkan percakapan anda, janganlah bersikap kasar kerana dengan kelembutan membolehkan mereka menerima pendapat anda.

9-Pilihlah sebaik-baik gaya bahasa, Jangan sesekali-kali melukakan hatu seseorang.

10-Jika kamu jemu berbual dan merasakan tiada faedah berbuat demikian,Rasulullah SAWtelah bersabda: maksudnya: Sesungguhnya pemimpin keluarga akan berada dalam Syurga apabila mengalah di dalam sesuatu perkara, sedangkan dia sebenarnya pada pihak yang benar.

0 comments:

Post a Comment